Search This Blog

Thursday 17 November 2016

terkait posting adik ipar dengan insurans travel

salam jumaat 18 nov 2016

sebelum memulakan kerja pagi tadi...adik yang duduk sungai besi inform
suaminya telah di berikan arahan untuk posting(tentera darat) ke sabah.
aku cuma cakap jangan lahad dato@esscom,
bila dia jawab,memang kena kat situ pun.
terkejut beruk dengar,aku tahu ajal kat mana-mana.tapi kita usaha untuk
terus hidup.bukan apa,kawasan sana seperti pintu keluar masuk untuk 
ke kawasan negara sebelah sana.lagi-lagi percen kejadian culik kerap berlaku.
yang memerlukan duit untuk penebusan.
tapi kalau da 'jodoh' posting ke sana...demi negara tercinta & amanah pada 
pekerjaan.pergilah....

adik cuma 'usahawan' dari rumah maknanya bukan suri rumah sepenuh masa.
anak buah aku yang sorang da masuk sekolah darjah da pun sorang lagi masuk 
tadika..kiranya da besar juga.

Aku nasihat kan adik ipar untuk amik extra coverage insurans untuk mereka
satu family..kita SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN kata pepatah.

moga segalanya di permudahkan,

tengah hangat topik posting,aku usha laman2 web yang menyediakan travel insurans..aku tertarik pada dua bank ini,

www.maybank2u.my

www.hongleongbank.my

masa kita booking atau beli tiket kapal terbang akan di sertakan sekali pekej
insurans...tapi ada baiknya kita ambil terus travel insurans.

a) single trip

b) annual

amount pun berbaloi dengan apa yang kita tidak tahu apa akan terjadi pada
masa depan.ada area-area yang dia asingkan untuk pilihan kita.

~asia
~europe
~worldwide
~malaysia

jangan memandang mudah sebenarnya perjalanan kita.
tidak kisah atas urusan rasmi,kerja ataupun bercuti.
banyak yang akan berlaku yang tidak pernah terlintas di fikiran.

kita ada ibubapa,adik-beradik dan keluarga
sayangi hidup anda
kerana apa yang berlaku pada kita akan memberi kesan terhadap mereka.

hatta keluar rumah pun kita sudah berhadapan dengan macam-macam risiko,
jadi belilah insurans untk kebaikan diri sendiri.

semalam juga,
suami bertanya...andai kata kita juga kena posting ke borneo.macam mana?
aku cuma jawab.kena buat passport dan imigresen check.
simple...sebenarnya masuk ke sabah ada yang senang tapi masuk sarawak tu
yang payah...apa-apa pun kita bersangka yang baik-baik.


~ayuadinah~

No comments:

Post a Comment